Monday, October 6, 2008

Mohamad Haikal

Anak saudara chaq yang 'baru'. Selamat datang.

Minggu Boring


Dah 2 ari chaq start keje, tapi rasa kesunyian masih menyelubungi diri. Rindu...... tak tau pada sapa? Sedih.......masih lagi terasa.

Saturday, October 4, 2008

Gunong Keriang




Chaq tinggal dan dibesarkan di sini. Gunong Keriang ialah kawasan penempatan yang dikelilingi oleh sawah bendang. Aktiviti penduduk di sini selain daripada bersawah ialah mencari bunga batu atau lebih dikenali sebagai bunga kristal. Suatu masa dulu masa zaman chaq kecik-kecik tak dak la pula org dok cari bunga batu ni, tapi depa banyak dok cari tahi kelawar untuk dibuat baja. Berdekatan dengan Gunong Keriang ni ada sebuah muzium yang dikenali sebagai muzium padi. Best tau muzium ni.......tak caya mai la melawat......dan yang paling menarik tentang Gunong Keriang ni, kita boleh 'hiking' sampai kepuncak gunong. Dari puncak gunong kita dapat menikmat pandangan panorama sawah padi yang menghijau atau menguning semasa musim menuai.

Friday, October 3, 2008

Chaq.....itu aku


Chaq balik kg kali ni, tapi kepulangan seakan tidak diundang. Chaq sedih sangat.

Mak....rindu ini masih terasa


Seronok rasanya raya tahun ni dapat beraya di kampung Chaq di Gunong Keriang Alor Setar Kedah. Walaupun suasana sedih masih menyelubungi keluarga chaq sebab baru je kehilangan mak tercinta pada bulan mac yang lalu, tapi hari raya tetap diraikan tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan.


Tapi....sepi dan sunyi sangat raya kali ni tanpa mak disisi. Terasa kehilangan sangat-sangat. Chaq rindu sangat kat mak chaq. Pagi raya biasanya chaq dapat cium dan peluk mak chaq, tapi kali ni hanya airmata yang mengalir. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua orang tua chaq dan semua umat islam. AMIN.