Friday, October 3, 2008

Mak....rindu ini masih terasa


Seronok rasanya raya tahun ni dapat beraya di kampung Chaq di Gunong Keriang Alor Setar Kedah. Walaupun suasana sedih masih menyelubungi keluarga chaq sebab baru je kehilangan mak tercinta pada bulan mac yang lalu, tapi hari raya tetap diraikan tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan.


Tapi....sepi dan sunyi sangat raya kali ni tanpa mak disisi. Terasa kehilangan sangat-sangat. Chaq rindu sangat kat mak chaq. Pagi raya biasanya chaq dapat cium dan peluk mak chaq, tapi kali ni hanya airmata yang mengalir. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua orang tua chaq dan semua umat islam. AMIN.

1 comment:

jalilah_jy said...

chaq...kekadang tu ada mak yg hidup..tapi tak pernah menghargai kita sbgai anak pun..tak ada maknanya... beruntung chaq beribukan mak chaq... doakanlah ia sejahtera dan ditempatkan kdlm org2 beriman...